Tuesday, March 31, 2015

Giesti, Hudud dan Termengandung lagi..

Assalammualaikum wbt..

Dengar-dengar cerita kerajaan nak guna sistem Giesti dah mulai esok 1 april 2015..betul ke?..isk..isk..sory la, aku baru je keluar dari gua semalam..bukan troll ke nih?hihi...

Tapi takpe la, kalau ye pon, sebagai rakyat Malaysia, aku juga menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan mengenakan cukai GST untuk memumuk sikap berjimat cermat seperti yang Amran Fans cadangkan..betul-betul bernas cadangan  beliau...


Thursday, March 19, 2015

Cerita Hujung Minggu, Mendobi dan Makan Sedap..

Assalammualaikum wbt..

Minggu yang lepas, satu perjumpaan tertutup blogger kopitiam telah berlangsung di kediaman rasmi fiksyida yang bertempat di Bukit Subang..acara yang berlangsung sekitar tengah hari sabtu tersebut dijamukan oleh tuan rumah dengan beberapa hidangan yang boleh tahan sedap..terima kasih Kakdah..lain kali jemput la lagi..hehe...

anak aku tu, kalau dah dapat tgk upin ipin mmg tak heran dah ibu dia pegang baby..kalau tak mane boleh.kompom menjerit sbb jeles..

chuu masih blogging lagi..cidut yang lama aku tengok cuti blogging, blog dia pon dah takleh masuk..

Wednesday, March 4, 2015

Lesen Membangau dah Renew..

Assalammualaikum wbt..

Kalau korang penah stalk blog aku la kan..1st entri aku untuk blog ni ialah pasal aktiviti memancing aku..tu 2009 punya cerita la yer..masa tu bujang lagi...aktiviti memancing ni lak sebenarnya lebih kurang je macam hobi-hobi games contohnya Dota yang orang istilahkan "Dunia Orang Takde Awek"..ha, gitu la aku leh katakan..susah sebenarnya makwe-makwe nak masuk kepala dengan brader-brader kaki pancing ni..

Apanye tak, ketahanan mental untuk jadi pemancing atau awek pemancing ni memang kene tinggi..perkara pertama memang kena kuat sabar..tahan lasak..kalau ikut dari pandangan pemancing sendiri hal-hal tu perkara biasa je..tapi kalau jenis makwe-makwe pemancing ni aku rasa bukan senang diorang mampu ikut..lain la jenis pakwe hobi main bowling ye dak..boleh la ikut detim duduk sejuk-sejuk je dalam mall..


Nak cerita pasal memancing ni memang sampai bila pon tak habis..dan hanya pemancing tahu nikmat 'membangau' tu macam mana..hahaha..penah sampai satu tahap, kegilaan aku mancing ni dah teruk sangat sampai dalam seminggu tu boleh kata 4 hari berkerja pon masih lagi nak pergi memancing..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...